Skip to main content

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Aeronautical Kali Ke-9

5 November 2025 | Rabu | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Pusat Geospatial Negara, Putrajaya

Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku urus setia mesyuarat dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selaku pengerusi bagi agensi tunjak dan custodian data geospatial bagi kategori Aeronautical telah mengadakan mesyuarat ini bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Aeronautical. Mesyuarat juga telah dibentangkan mengenai status ketersediaan data dan statistik pelepasan data bagi kategori Aeronautical untuk tahun 2025. 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh custodian data Aeronautical seperti Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara JUPEM dan Malaysia Airports Holdings Berhad. Turut hadir bersama adalah agensi sokongan seperti Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).