Memastikan data fundamental dan non fundamental bagi kategori Built Environment, Hydrography, Transportation, Aeronautical, General, Soil, Vegetation, Hypsography, Demarcation, Geology, Special Use dan Utility mematuhi standard dan kualiti MyGDI yang telah ditetapkan.
Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti penyelidikan bagi keperluan pembangunan data geospatial, teknologi, aplikasi dan perisian GIS.
Mengurus permohonan data bagi perkongsian dan pelepasan data geospatial di bawah Program MyGDI.
Merancang, mengurus, melaksana, menyelenggara, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi perkhidmatan ICT meliputi infrastruktur pusat data, rangkaian, komunikasi, keselamatan dan operasi ICT.
Memantapkan Geospatial Data Center (GDC) bagi dataset fundamental dan non fundamental mematuhi standard dan kualiti yang telah ditetapkan.
Melaksanakan penyelenggaraan dan pengemaskinian dataset GDC fundamental dan non fundamental bagi kategori Built Environment, Hydrography, Transportation, Aeronautical, General, Soil, Vegetation, Hypsography, Demarcation, Geology, Special Use dan Utility di peringkat persekutuan dan negeri.
Melaksanakan penyelidikan bagi keperluan pembangunan data geospatial, teknologi, aplikasi dan perisian GIS.
Merancang penyelidikan yang sesuai bagi keperluan pembangunan geospatial PGN.
Mengurus dan mengkaji semula surat pekeliling dan garis panduan berkaitan geospatial.
Membangun dan menyelaras aktiviti standard berkaitan geospatial serta penglibatan dalam aktiviti standard Malaysia melalui Technical Committee 2 / National Standards Committee (NSC 07) bersama Jabatan Standard Malaysia.
Menerbit dan mempromosikan program MyGDI menerusi pelbagai media.
Mengurus persidangan dan seminar berkaitan geospatial di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menyelaras lawatan agensi kerajaan, sektor swasta dan institusi pendidikan tinggi.
Menyelaras penyediaan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (UPI) serta mengurus penyelenggaraan aplikasi UPI.
Membangun dan mengurus Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (PDNG) serta aplikasi MyGeoName.
Menyelaras penyediaan Kod dan Warna Simbol (KWS) Fitur Geografi, pengemaskinian MS1759 dan Metadata Agensi serta terjemahan Senarai Istilah Dokumen ISO/TC211 Multi-Lingual Glossary of Terms (MLGT).
Mengurus permohonan data bagi perkongsian dan pelepasan data geospatial di bawah Program MyGDI.
Merancang, mengurus, melaksana, menyelenggara, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi perkhidmatan ICT meliputi infrastruktur pusat data, rangkaian, komunikasi, keselamatan dan operasi ICT.