Skip to main content
title_1

Memberi khidmat runding teknikal dalam pembangunan data geospatial di peringkat agensi persekutuan dan negeri.

Aktiviti-aktiviti:

  • Kolaborasi bersama agensi dalam pembangunan data geospatial
  • Mengadakan mesyuarat/ perbincangan bersama agensi yang terlibat berkaitan data geospatial
  • Menyediakan latihan/bengkel yang berkaitan pembangunan data geospatial
title_2

Menyediakan perkhidmatan pembangunan aplikasi web GIS menerusi perkongsian maklumat geospatial.

Aktiviti-aktiviti:

  • Agensi membuat permohonan secara bertulis bagi mendapatkan khidmat runding pembangunan aplikasi dari PGN
  • Pembentukan pasukan projek khidmat runding
  • Penyediaan dokumen permulaan projek (DPP)
title_3

Memberi khidmat runding dan penyelarasan latihan kepada agensi kerajaan serta pihak berkepentingan bagi pemakaian polisi dan standard seperti di bawah:

  • Metadata
  • MS1759
  • Pangkalan Data Name Geografi
  • Unique Parcel Identifier
  • Kualiti Data Geospatial
  • Garis Panduan dan pekeliling MyGDI

 

title_4

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding berkaitan pembangunan infrastruktur ICT GIS dan ketersediaan data untuk dikongsi kepada agensi kerajaan.

Aktiviti:

  • Mengadakan mesyuarat/ perbincangan teknikal berkaitan pembangunan infrastruktur ICT GIS
  • Memberi khidmat runding berkaitan spesifikasi teknikal ICT untuk perolehan ICT GIS
  • Memberi khidmat teknikal dan troubleshooting bagi agensi yang memerlukan
  • Memberikan khidmat nasihat berkaitan perkongsian maklumat geospatial