Skip to main content

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Transportation Kali Ke-14

14 November 2025 | Jumaat | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Pusat Geospatial Negara, Putrajaya

Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku urus setia mesyuarat dan Jabatan Kerja Raya selaku pengerusi bagi agensi tunjak dan custodian data geospatial bagi kategori Transportation telah mengadakan mesyuarat ini bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Transportation. Mesyuarat juga telah dibentangkan mengenai status ketersediaan data dan statistik pelepasan data bagi kategori Transportation untuk tahun 2025. 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh custodian data Transportation seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara, JUPEM, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Aset Kereta api (RAC) dan Prasarana Malaysia Berhad. Turut hadir bersama adalah agensi sokongan seperti Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).