Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima satu lawatan akademik pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 15 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 13,Menara PETRA. Lawatan akademik ini disertai oleh 61 pelajar Program Sarjana Muda Sains (Analitik Data Komputasi) dengan
Kepujian (BWS) dan Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian (BWW) yang mengambil kursus Geographic Information System (BWJ30303) dan Sains Geo-Spatial (BWS33603) dan diiringi oleh tiga orang pensyarah. Tujuan utama lawatan akademik diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknologi aplikasi geospatial di agensi kerajaan serta mengukuhkan hubungan kolaboratif antara universiti berkaitan dengan bidang geospatial.
Semasa sesi lawatan industri ini berlangsung, pihak PGN telah memberikan taklimat berkenaan Pengenalan PGN yang disampaikan oleh Sr Mohammad Zulhimi bin Che Abdullah serta taklimat Pelepasan Data kepada Akademia yang disampaikan oleh Datin Roszaharah binti Abdul Karim. Selain itu, taklimat berkenaan dengan aplikasi geospatial juga turut disampaikan kepada para pelajaar oleh Encik Muhamad Hafiz bin Yeop Idris.Bagi menguji kefahaman para pelajar berkenaan taklimat yang telah diberikan, pelajar-pelajar diuji dengan kuiz Kahoot dan hasil daripada kuiz yang diberikan, dapat dilihat pelajar-pelajar memahami peranan dan fungsi PGN dalam pembangunan geospatial negara. Lawatan industri ini berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata antara Pengarah dan ketua delegasi iaitu Prof. Madya Sr Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah.
Lawatan Akademik Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Pusat Geospatial Negara (PGN)
Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 13,Menara PETRA