Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Pusat Geospatial Negara, Putrajaya
Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku urus setia mesyuarat dan Haji Azahar bin Ibrahim B.S.K, Pengarah Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian selaku pengerusi bagi agensi tunjak dan custodian data geospatial bagi kategori Soil dan Vegetation telah mengadakan mesyuarat ini bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Soil dan Vegetation.