Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) BIL 1 2015, 17 November 2015
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) BIL 1 2015 Telah diadakan di Bilik Gerakan SUPS, Kuching, Sarawak pada 17 November 2015.
Lawatan Akademik dari Pelajar Kursus Sistem Maklumat Geografi, Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM ke Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), 4 November 2015
Lawatan Akademik dari Pelajar Kursus Sistem Maklumat Geografi, Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM ke Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
Tarikh : 4 November 2015.
Tempat : Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, MaCGDI (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar)
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework Kebangsaan MyGDI (JTFM) Bilangan 1 Tahun 2015, 12 November 2015
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework Kebangsaan MyGDI (JTFM) Bilangan 1 Tahun 2015 Telah diadakan di Wisma Perbadanan Labuan pada 12 November 2015
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) 2015, 11 November 2015
Tarikh : 11 November 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri Perak Bil 1/2015 | 1 Oktober 2016
Pada 1 Oktober 2015, satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri Perak telah diadakan bagi membincangkan status pelaksanaan pembangunan State Geospatial Data Centre (SGDC) di Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Pameran Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-5 (2015), 6 - 7 Oktober 2015
6 dan 7 Oktober 2015, UPSI, Perak. MaCGDI diberi peluang untuk turut serta di dalam pameran Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-5 (2015) bagi mempromosikan Program MyGDI bagi memperkasakan lagi visi dan misi MaCGDI dalam menggalakkan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi kerajaan. MaCGDI berpeluang untuk mempromosikan aplikasi-aplikasi yang telah dibangunkan kepada pengunjung pameran antaranya 1Malaysia Map, MyGDI Explorer, MyGeoname, MyGOS dan MyGeoportal.
Pameran Sempena Forum Dan Wadah Perkhidmatan Digital Kerajaan 2015, 8 Oktober 2015
8 Oktober 2015, MaCGDI diberi peluang untuk turut serta di dalam pameran Sempena Forum Dan Wadah Perkhidmatan Digital Kerajaan 2015 di Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mempromosikan Program MyGDI bagi memperkasakan lagi visi dan misi MaCGDI dalam menggalakkan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi kerajaan. Forum ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara. MaCGDI berpeluang untuk mempromosikan aplikasi-aplikasi yang telah dibangunkan kepada pengunjung pameran antaranya 1Malaysia Map, MyGDI Explorer, MyGeoname, MyGOS dan MyGeoportal.