Skip to main content
Please wait...
18November
PUTRAJAYA – Pusat Geospatial Negara (PGN) membangunkan aplikasi MyLogistik iaitu peta maya yang mengandungi Peta Geospatial Fasiliti Logistik dan Jaringan Pengangkutan.   MyLogistik merupakan pemetaan secara maya semua maklumat lokasi infrastruktur logistik yang merangkumi gudang, off-dock depot, stesen penguat kuasa, lapangan terbang, pelabuhan persekutuan, stesen keretapi, lCQS, jeti serta jaringan landasan kereta api dan jalan raya.    
15October
Pada pagi 15 Oktober 2021, PGN telah menerima 'kunjungan' lawatan kerja secara maya daripada Jabatan Transformasi Operasi dan Penyelarasan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sesuai dengan normal baharu bagi mengekang penularan COVID-19, pertemuan secara maya ini diadakan sebagai satu langkah awal pihak KWSP untuk mengenali dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PGN selaku penyelaras MyGDI.
30September
Mesyuarat Khidmat Runding MyGOS bersama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM telah diadakan pada 30 September 2021 yang dipengerusikan oleh Puan Norrani binti Eksan, Pengarah Pembangunan dan Pematuhan Industri. Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) berhasrat untuk melaksanakan penggunaan MyGOS dalam pemetaan data lokasi premis/kilang yang mempunyai Pensijilan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Subscribe to 2021