Skip to main content

Kursus Introduction to Web Development with HTML, CSS & JavaScript

Tarikh : 10 hingga 11 Jun 2024

Masa : 09:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Bilik Centre of Excellent, Aras 8 Pusat Geospatial Negara

Pegawai/ Agensi Terlibat : Melibatkan 13 orang pegawai dari Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, Seksyen Aplikasi GIS dan Seksyen Aplikasi MyGDI, Pusat Geospatial Negara

Objektif/ Tujuan;

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan data melalui penggunaan perisian yang diterima pakai secara meluas.
Menyediakan pemahaman berkenaan bidang tugas dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan data.
Meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan inovasi berkaitan geospatial seterusnya berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Laporan Ringkas;

Kursus ini dilaksanakan selama dua hari melibatkan pembelajaran bagi empat modul iaitu:
i.     Introduction to Application Development;
ii.    HTML Overview;
iii.   CSS Overview & HTML5 Elements; dan
iv.   JavaScript for Web Applications.