Pusat Geospatial Negara (PGN) telah melaksanakan Latihan Pemprosesan dan Penerbitan Data 3D pada 12 Ogos 2026 bertempat di Alami Technologies Sdn. Bhd. Latihan ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan data dan rujukan yang akan digunakan bagi pemprosesan data 3D lubang gerek. Dalam usaha memperkukuh kerjasama antara agensi, Pusat Geospatial Negara turut menjemput wakil Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya sebagai agensi kolaborasi untuk bersama-sama terlibat dalam proses pemprosesan dan pembangunan data 3D lubang gerek. Penglibatan ini penting bagi memastikan pengetahuan dan keperluan teknikal berkaitan data lubang gerek dapat dikongsi serta diambil kira dalam proses penyediaan dan pemprosesan data 3D. Seramai 13 orang peserta telah menghadiri latihan tersebut yang terdiri daripada lima (5) orang wakil Seksyen GIS, lima (5) orang wakil Seksyen Geodata serta tiga (3) orang wakil Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya. Penglibatan peserta daripada pelbagai seksyen dan bidang kepakaran ini diharapkan dapat menyokong perkongsian pengetahuan serta memperkukuhm kerjasama dalam pelaksanaan dan pemprosesan data 3D.
Selain itu, latihan ini turut memberi penekanan terhadap kaedah memvisualisasikan dan menganalisis data dunia sebenar dalam persekitaran 3D bagi membantu peserta memperoleh pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap data serta menyampaikan maklumat spatial dengan lebih berkesan. Diharapkan latihan ini dapat meningkatkan kompetensi dan keupayaan pegawai dalam pemprosesan, visualisasi dan analisis data 3D, khususnya melibatkan data lubang gerek, seterusnya menyokong pembangunan serta penggunaan teknologi geospatial secara lebih efektif dalam pelaksanaan projek dan penyampaian perkhidmatan.