Skip to main content

Latihan Pengemaskinian Data Bantuan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Latihan Pengemaskinian Data Bantuan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

10 Julai 2024, Rabu

09:00 pagi – 1:00 tengah hari

Dewan Bidara, Kompleks Ibu Pejabat KEDA

Melibatkan 25 orang pegawai dari KEDA dan 4 orang pegawai dari Cawangan Perkhidmatan Geospatial, Pusat Geospatial Negara (PGN)

Memberikan latihan kemasukan data penerima bantuan secara kelompok (batch) ke dalam Aplikasi KEDA Map dengan menggunakan Aplikasi Geoupload.

  1. Sesi latihan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai PGN yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (WEB), Puan Azira binti Ibrahim dan disusuli dengan ucapan aluan serta perasmian oleh Pengurus Besar KEDA iaitu Encik Ismasuhaimi bin Shariff.
  2. KEDA Map merupakan aplikasi GIS yang dibangunkan hasil kolaborasi di antara pihak KEDA dengan PGN yang bermula pada Disember 2017 untuk pemetaan dan pemantauan projek pembangunan dan program bantuan kepada kumpulan sasar di negeri Kedah merangkumi fungsi:
  1. Pemetaan perumahan desa KEDA berserta lot kadaster - bangunan perumahan, infrastruktur (dewan, surau, rumah kedai, pusat ilmu, tadika, perpustakaan), industri kecil sederhana dan pusat komuniti desa;
  2. Pemetaan guna tanah KEDA;
  3. Pemetaan Projek Pembangunan KEDA; dan
  4. Pemetaan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD).
  1. Aplikasi Geoupload dibangunkan secara dalam oleh PGN bagi membolehkan agensi mengemas kini data spatial secara kelompok (batch). Sesi latihan yang diberikan kepada pihak KEDA melibatkan aktiviti penambahan, pengemaskinian dan penghapusan data.