Mesyuarat diadakan bertujuan untuk menyelaras data-data geospatial di bawah kategori Demarcation. Senarai fitur yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Sempadan Pentadbiran dan Sempadan Maritim.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM iaitu selaku Pengerusi Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Demarcation.
Antara pengisian agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
- Status ketersediaan data GDC dan isu-isu;
- Status penyelarasan dan pengemaskinian data Sempadan Pentadbiran negeri, daerah, mukim, bandar, pekan, presint dan seksyen.
- Status pengemaskinian data spatial bagi Sempadan Maritim.
- Status data-data pengukuran sempadan negeri di Semenanjung Malaysia.