Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) Tahun 2025

20 November 2025 | Khamis | Bilik Mesyuarat Seri Menanti, Aras 4, Podium 1, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) Tahun 2025 telah berlangsung pada 20 November 2025 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Seri Menanti, JKPTG. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) dan dihadiri oleh wakil PGN, wakil Negeri serta agensi kolaborasi Program MyGDI. Mesyuarat tahunan ini diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa serta pelaksanaan MyGDI di seluruh negara.
Sesi diteruskan dengan pembentangan oleh PGN meliputi:

  1. Pengenalan kepada Platform MyGOS
  2. Statistik Perkongsian/ Pelepasan Data 2025
  3. Aktiviti-aktiviti PGN 2025 termasuk pensijilan ISMS, peningkatan keselamatan ICT, integrasi aplikasi, pembangunan aplikasi geospatial baharu dan peningkatan bakat.

Mesyuarat turut menyaksikan Pembentangan Kemajuan Pelaksanaan Program MyGDI/ GIS Negeri di mana 10 negeri telah berkongsi status pelaksanaan masing-masing iaitu:

  1. Kelantan
  2. Johor
  3. Terengganu
  4. Pulau Pinang
  5. Selangor
  6. Pahang
  7. Perak
  8. Kedah
  9. Negeri Sembilan
  10. Sabah

Sesi diteruskan dengan pembentangan hala tuju Kajian Pemusatan Perkhidmatan Geospatial Sektor Awam yang sedang dilaksanakan dari Jun 2025 hingga Jun 2026. Secara keseluruhannya, Mesyuarat JTCM 2025 telah mencapai objektif penganjurannya dengan menyelaras keperluan data, infrastruktur, aplikasi serta kompetensi geospatial di Malaysia secara lebih teratur dan konsisten.