19 November 2025 | Rabu | Bilik Mesyuarat Lestari, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Aras 9, Blok F11, Kompleks F, Putrajaya
Mesyuarat JTSM tahun 2025 telah dipengerusikan oleh Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincang dan melaporkan pelaksanaan aktiviti standardisasi maklumat geospatial oleh agensi-agensi Persekutuan dan Negeri dari tempoh 29 November 2024 hingga 18 November 2025 dengan merangkumi perkara seperti berikut:
- Pelaksanaan mesyuarat teknikal berkaitan standard-standard geospatial;
- Penyelarasan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (Unique Parcel Identifier – UPI);
- Penyenggaraan Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics (MS 1759) – Feature and Attribute Codes;
- Penyelarasan Kod dan Warna Simbol (KWS);
- Pemurnian dan penyelarasan Metadata Geospatial; dan
- Penyediaan serta semakan Multi-Lingual Glossary of Terms (MLGT).
PGN, NRES mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan, agensi dan pihak berkepentingan dalam Program MyGDI dari seluruh negara yang hadir bagi menjayakan mesyuarat ini.