Skip to main content

Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Digital Negara (JDN) bagi Kajian Pemusatan Perkhidmatan Geospatial Sektor Awam

12 Jun 2025 (Khamis) | 9.00 Pagi | Jabatan Digital Negara, Cyberjaya

Sejajar dengan peranan dan tanggungjawab Pusat Geospatial Negara (PGN) membantu Agensi Kerajaan dalam pembangunan infrastruktur dan aplikasi geospatial di bawah Program MyGDI serta menyahut agenda transformasi pendigitalan, satu lawatan penanda aras ke Jabatan Digital Negara (JDN) telah diadakan bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat dan input berkaitan amalan terbaik dalam merangka pelan tindakan awal bagi kajian pemusatan perkhidmatan geospatial sektor awam.

Inisiatif pemusatan ini dijangka mampu menyelaras perkhidmatan geospatial merentas agensi dengan lebih berkesan, mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan, menyediakan pulangan pelaburan yang lebih baik dan seterusnya berupaya memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan.