22 Oktober 2025 | Rabu | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Pusat Geospatial Negara, Putrajaya
Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku urus setia mesyuarat dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) selaku pengerusi bagi agensi tunjak dan custodian data geospatial bagi kategori Geology telah mengadakan mesyuarat ini bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Geology. Mesyuarat juga telah dibentangkan mengenai status ketersediaan data dan statistik pelepasan data bagi kategori Geology untuk tahun 2025.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh custodian data Geology seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Jabatan Pertanian (DOA). Turut hadir bersama adalah agensi sokongan seperti Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).