Skip to main content

Bengkel Penyediaan Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) Bagi Naik Taraf SPP-PG 2.0

Siri 1 hingga 4 | Rabu dan Isnin | Bilik Latihan COE, PGN, Aras 8, Menara PETRA

Bengkel Penyediaan Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) Bagi Naik Taraf SPP-PG 2.0 telah diadakan sebanyak empat (4) siri iaitu pada:

  • 5 November 2025 (Rabu);
  • 10 November 2025 (Isnin);
  • 17 November 2025 (Isnin); dan 
  • 24 November 2025 (Isnin) 

bermula dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Bengkel berlangsung di Bilik Latihan COE, PGN, Aras 8, Menara PETRA dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Naik Taraf Aplikasi SPP-PG 2.0

Bengkel ini bertujuan untuk menyelaras dan mendokumenkan keperluan bisnes bagi semua modul terlibat serta menghasilkan Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) yang komprehensif, bagi memudahkan proses naik taraf SPP-PG 2.0 dan memastikan aplikasi SPP-PG 2.0 memenuhi keperluan pengguna yang terlibat.

Sepanjang pelaksanaan bengkel, para peserta telah memperoleh dan membincangkan perkara-perkara seperti berikut:

  • Mendapat taklimat mengenai aplikasi SPP-PG sedia ada.
  • Mendapat pengenalan kepada konsep BRS.
  • Menyediakan draf awal BRS mengikut modul masing-masing.
  • Membentangkan draf BRS untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas bersama.
  • Memastikan keperluan aplikasi adalah jelas, lengkap, dan konsisten sebagai rujukan pasukan pembangunan. 

Secara keseluruhan, bengkel ini berjaya memberi gambaran awal yang kukuh untuk proses naik taraf SPP-PG 2.0 dalam memastikan aplikasi memenuhi keperluan pengguna.