Multi-Lingual Glossary of Terms adalah terma-terma geografi/ geomatik yang diguna pakai dalam dokumen ISO/TC 211 Multi-Lingual Glossary of Terms yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.
Kumpulan Kerja Multi-Lingual Glossary of Terms Maklumat Geografi/Geomatik (KKMLGT) telah ditubuhkan pada 15 Jun 2017 hasil mesyuarat TC/G/2 (kini dikenali sebagai NSC 07/TC 2 di bawah Jabatan Standard Malaysia), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM).
Keahlian terdiri daripada pelbagai agensi seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Geospatial Negara (PGN), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan Jabatan Digital Negara (JDN).