Skip to main content
Please wait...

Pada 26 Ogos 2020, PGN telah menyantuni kunjungan hormat daripada Kerajaan Negeri Terengganu bersama wakil PLANMalaysia@Terengganu. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju pembangunan Sistem Maklumat Geografi (GIS) negeri tersebut.

 

Delegasi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Zuwislan Bin Awang, Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama lima (5) pegawai lain.

 

Sesi kunjungan hormat ini melibatkan pembentangan mengenai latar belakang PGN, produk/aplikasi utama serta perkhidmatan geospatial yang boleh ditawarkan. PGN turut berkongsi kejayaan kolaboratif strategik pembangunan GIS yang telah dicapai bersama agensi lain.

 

Pihak PGN amat berbesar hati menerima kunjungan hormat ini dan berharap dapat menjayakan pembangunan GIS di peringkat negeri di Malaysia khususnya untuk Negeri Terengganu.