Kursus Administering in Microsoft SQL Server
Tarikh : 29, 30 April dan 02 Mei 2024
Masa : 09:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Bilik Centre of Excellent, Aras 8 Pusat Geospatial Negara
Pegawai/ Agensi Terlibat : Melibatkan 11 orang pegawai dari Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, Seksyen Khidmat Teknikal dan Operasi, Pusat Geospatial Negara
Objektif/ Tujuan;
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan data melalui penggunaan perisian yang diterima pakai secara meluas.
- Menyediakan pemahaman berkenaan bidang tugas dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan data.
- Meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan inovasi berkaitan geospatial seterusnya berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Kursus ini dilaksanakan selama tiga hari melibatkan pembelajaran bagi enam modul iaitu:
i. Install and Configure SQL Server 2019;
ii. Work with Databases and Storage;
iii. Plan and Implement a Backup Strategy;
iv. Restore SQL Server 2019 Databases;
v. Monitoring; dan
vi. Security and Maintenance.