Kursus Penulisan Kreatif (StoryMaps) telah diadakan pada 26 hingga 27 Ogos 2026 bertempat di Bilik Latihan BPM, Aras 2, Bahagian Teknologi Maklumat (BPM), NRES. Kursus ini telah dianjurkan oleh Pasukan Projek Platform MyGOS sebagai salah satu inisiatif pengurusan perubahan bagi memastikan kesinambungan kolaborasi agensi bersama PGN dan disertai oleh 20 orang pegawai Jabatan Warisan Negara (JWN) yang diketuai Puan Puan Noraini binti Basri selaku Pengurus Projek. Tenaga pengajar PGN terdiri daripada Dr. Azira binti Ibrahim, Ts. Intan Nurani binti Che Azhar, Puan Siti Nur Fatihah binti Abdul Halim dan Puan Latiffah binti Masuri.
Kursus tersebut bertujuan menambah baik Aplikasi Daftar Warisan yang dibangunkan melalui Platform MyGOS, memberi pendedahan kepada teknik penulisan kreatif berasaskan penceritaan (storytelling), meningkatkan kemahiran menghasilkan kandungan StoryMaps yang berimpak, menggalakkan penggunaan medium digital dalam dokumentasi dan promosi jabatan dan menghasilkan draf StoryMaps sebagai output kursus.
Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam memanfaatkan teknologi geospatial bagi menyokong perancangan serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berimpak.