Skip to main content
Please wait...

Pada 6 Februari 2020, MaCGDI, KATS telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut fungsi dan peranan MaCGDI. Selain itu, JBPM ingin melihat peluang kerjasama berkaitan aplikasi dan perkongsian maklumat geospatial bersama MaCGDI.

 

Delegasi lawatan kerja ini disertai oleh lima (5) orang pegawai yang telah diketuai oleh YBrs. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima@Zainuddin. Antara agenda lawatan kerja ini ialah para pegawai diberi penerangan yang lebih terperinci mengenai peranan MaCGDI sebagai agensi penyelaras perkongsian maklumat geospatial di Malaysia di bawah Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Selain itu, MaCGDI turut membentangkan data-data geospatial yang tersedia dalam Program MyGDI serta hasil kejayaan kerjasama bersama agensi lain melalui aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS).

 

MaCGDI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada delegasi JBPM kerana telah mengunjungi MaCGDI dan berharap usaha kolaboratif bersama pihak MaCGDI ini berjaya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kedua-dua agensi.