Skip to main content
Please wait...

Pada 17 September 2020, PGN telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Bahagian Profiling, Jabatan Perisikan dan Profiling, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan perkongsian maklumat geospatial bagi kegunaan peluasan asas cukai negara.

 

LHDNM adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara. Justeru, maklumat geospatial amat diperlukan bagi melancarkan lagi tugas tersebut. Maklumat-maklumat pembayar cukai perlu dikaitkan dengan lokasi agar analisis selanjutnya dapat dibuat bagi meningkatkan lagi kualiti pentadbiran percukaian.

 

Terima kasih yang tidak tehingga diucapkan kepada pihak LHDNM atas kunjungan lawatan kerja ini dan semoga kolaborasi yang terjalin akan memberi faedah kepada rakyat dan kesejahteraan negara.