Skip to main content
Please wait...

Pada 6 Februari 2020, MaCGDI, KATS telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Lawatan kerja ini adalah hasrat pihak MARA yang bercadang untuk melaksanakan perkongsian data geospatial menggunakan perkhidmatan/platform yang ditawarkan oleh MaCGDI.

 

Delegasi lawatan ini disertai oleh tujuh (7) orang pegawai yang telah diketuai oleh YBrs. Dr. Shahrizin bin Haji Abdul Sarhadat selaku Pengarah Teknologi Maklumat. Puan Hajah Abrizah binti Abdul Aziz selaku Pengarah MaCGDI telah mempengerusikan lawatan kerja ini. Antara agenda lawatan kerja ini ialah para pegawai MARA diberi penerangan yang lebih terperinci mengenai peranan MaCGDI sebagai agensi penyelaras perkongsian maklumat geospatial di Malaysia di bawah Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Selain itu, MaCGDI turut membentangkan data-data geospatial yang tersedia dalam Program MyGDI serta hasil kejayaan kerjasama bersama agensi lain melalui aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS).

 

MaCGDI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada delegasi MARA kerana telah mengunjungi MaCGDI dan berharap usaha kolaboratif bersama pihak MaCGDI ini berjaya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan.