Pusat Geospatial Negara (PGN) telah melaksanakan Lawatan Kerja Pemantauan Pelaksanaan Sistem Maklumat Persisiran Pantai dan Pulau-Pulau di Zon Maritim Malaysia (MyMDI) pada 13 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Malawali, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Lawatan kerja bertujuan memantau pelaksanaan Sistem MyMDI yang telah mula digunakan pada tahun 2013 dan membincangkan isu yang dihadapi oleh APMM seterusnya mengenal pasti aspek penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan agensi dapat memanfaatkan penggunaan aplikasi secara berterusan.
Delegasi PGN diketuai oleh Timbalan Pengarah Cawangan Aplikasi Geospatial, Puan Hafirah binti Jamaludin yang turut disertai oleh Pasukan Projek Platform MyGOS terdiri daripada Dr. Azira binti Ibrahim, Ts. Intan Nurani binti Che Azhar, Puan Siti Nur Fatihah binti Abdul Halim, Encik Muhammad Aimam bin Mat Yaacob dan Puan Azura binti Ismail. Manakala pihak APMM diwakili oleh Bahagian Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Encik Kamarul bin Abu Bakar dan wakil Bahagian Perisikan yang diketuai oleh Leftenan (M) Mohd Hafizi bin Mohd Akhir.
Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam memanfaatkan teknologi geospatial bagi menyokong perancangan serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berimpak.