Skip to main content
Please wait...

Pada 12 Februari 2020, MaCGDI telah menyantuni kunjungan lawatan kerja dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diketuai oleh ACP Radenan bin Mohamad Alwi selaku Penolong Pengarah (Telekomunikasi), Bahagian Telekomunikasi Sistem Maklumat, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman.

 

PDRM berkunjung ke MaCGDI bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua pihak serta melihat potensi kerjasama yang boleh dijalinkan dalam penggunaan aplikasi serta maklumat geospatial dalam tugasan PDRM. Delegasi lawatan kerja ini turut disertai oleh 17 orang pegawai kanan PDRM Bukit Aman dari bahagian-bahagian yang berlainan.

 

MaCGDI telah berpeluang berkongsi pengalaman dalam membangunkan infrastruktur data geospatial serta aktiviti perkongsian maklumat geospatial di Malaysia yang dijalankan di bawah Program MyGDI. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pasukan PDRM kerana sudi berkunjung ke MaCGDI dan diharapkan kolaborasi yang bakal terjalin selepas ini dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kedua-dua agensi kepada rakyat.