Skip to main content
Please wait...

Pada 10 Februari 2020, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengadakan kunjungan lawatan kerja ke MaCGDI. Delegasi SPAN telah diketuai oleh YBhg. Dato' Ir. Mohd Shukri bin Abdul Razik selaku Pengarah Eksekutif, Bahagian Perancangan Strategik, SPAN.

 

SPAN berperanan sebagai pengawal selia industri perkhidmatan air merancang untuk menjalinkan kolaborasi bersama MaCGDI dari segi aplikasi dan maklumat geospatial dalam perancangan dan pengurusan perkhidmatannya. SPAN juga merupakan agensi yang turut bernaung di bawah KATS bersama-sama MaCGDI.

 

Delegasi lawatan kerja SPAN ini telah disertai oleh empat (4) orang pegawai. Di sesi lawatan kerja ini, MaCGDI telah berpeluang memberikan penerangan lanjut mengenai perkhidmatan dan aktiviti perkongsian maklumat geospatial yang dijalankan di bawah Program MyGDI.

 

Terima kasih diucapkan kepada delegasi SPAN kerana sudi berkunjung ke MaCGDI dan diharapkan kolaborasi yang bakal terjalin selepas ini dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan khasnya kepada KATS dan secara amnya kepada rakyat.