Majlis Penyerahan Aplikasi Kemaman GIS (KGIS) kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah berlangsung dengan jayanya pada 09 Ogos 2026 (Ahad) bertempat di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) sebagai salah satu usaha memperkukuh penggunaan teknologi geospatial dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT). Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, dengan penyerahan oleh Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada YBrs. Tuan Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua MPK. Majlis tersebut turut disertai oleh Pasukan Projek Platform MyGOS yang terdiri daripada Puan Hafirah binti Jamaludin, Dr. Azira binti Ibrahim, Ts. Intan Nurani binti Che Azhar dan Puan Siti Nur Fatihah binti Abdul Halim.
Inisiatif ini turut mendapat sokongan strategik daripada agensi berkaitan di peringkat negeri dan daerah. Bagi memastikan penggunaan Aplikasi KGIS dapat dilaksanakan secara mampan dan optimum, PGN turut mencadangkan penubuhan Unit GIS di MРK bagi memperkukuh pengurusan serta pemanfaatan data geospatial dalam perancangan dan operasi PBT. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam memanfaatkan teknologi geospatial bagi menyokong perancangan serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berimpak