Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Aeronautical telah dilaksanakan melalui medium aplikasi Zoom yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Md Nastain B. Mahazur daripada Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) selaku agensi tunjak bagi kategori Aeronautical. Objektif mesyuarat adalah bertujuan untuk membincangkan status penyelarasan dan pengemaskinian data aeronautical terkini serta menyelesaikan isu-isu dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi dan custodian.

Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 31 orang ahli mesyuarat. Antara wakil agensi yang hadir adalah dari CAAM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd (SATSSB), Markas Pemerintahan Operasi Udara (TUDM), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak, Tanjung Manis Development Sdn. Bhd. dan barisan urussetia dari Pusat Geospatial Negara (PGN).

Antara perkara yang telah dibentangkan pada tahun ini adalah mengenai status terkini ketersediaan 28 data fundamental Aeronautical, hebahan dan promosi Web Aplikasi MyGeoTranslator dan Web Aplikasi MyGeo Data Service selain  pembentangan Statistik Pengurusan dan Pelepasan Data Fundamental bagi Kategori Aeronautical oleh Seksyen Khidmat Teknikal dan Operasi (SKTO). Mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial bagi kategori Aeronautical.

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada urus setia kerana dapat menganjurkan mesyuarat pada tahun ini.