Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Soil & Vegetation telah dipengerusikan oleh Pn. Normaizah binti Ismail@Manaf Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah daripada Jabatan Pertanian Malaysia (DoA) selaku agensi tunjak bagi kategori Soil & Vegetation. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan bagi data kategori Soil & Vegetation.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 33 orang wakil daripada pelbagai  agensi custodian data kategori Soil & Vegetation termasuk pegawai daripada PGN secara atas talian. Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) JUPEM, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perhutanan Sarawak, dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Antara agenda mesyuarat ialah pembentangan oleh PGN mengenai status Ketersediaan Data Fundamental bagi kategori Soil & Vegetation, Aplikasi MyGeo Data Services dan Statistik Pengurusan dan Pelepasan Data Fundamental bagi Kategori Soil & Vegetation. Mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial bagi kategori Soil & Vegetation.