Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Khidmat Runding MyGOS bersama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM telah diadakan pada 30 September 2021 yang dipengerusikan oleh Puan Norrani binti Eksan, Pengarah Pembangunan dan Pematuhan Industri. Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) berhasrat untuk melaksanakan penggunaan MyGOS dalam pemetaan data lokasi premis/kilang yang mempunyai Pensijilan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Antara agenda mesyuarat ialah pelaksanaan MyGOS di peringkat KKM yang dibentangkan oleh Puan Aimi Hakimah binti Ali, taklimat MyGOS yang dibentangkan oleh Puan Nor Hayati binti Abdullah dari PGN, Taklimat MyGEOSC yang dibentangkan oleh Puan Siti Riniy binti Mohd Borham dan seterusnya sesi perbincangan pelaksanaan MyGOS di peringkat PKKM.