Skip to main content
Please wait...

Pada 1 Ogos 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menyertai pameran bagi Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-6 Tahun 2022. Persidangan yang melibatkan semua pentadbir tanah di Semenanjung Malaysia ini telah melibatkan sebanyak 12 reruai pameran daripada agensi dan jabatan berkaitan termasuk PGN.

YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang hadir merasmikan persidangan ini turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke reruai pameran. PGN berpeluang membentangkan kepada beliau hasil kolaborasi dan kerjasama antara agensi menggunakan platform MyGOS. Para perserta persidangan turut dapat mengenali PGN dengan lebih dekat selaku penyelaras MyGDI.

Terima kasih kepada semua peserta persidangan yang telah mengunjungi pameran PGN dan semoga dapat bertemu kembali di Sambutan Hari Tanah Negara pada masa akan datang.