Kursus Aplikasi MyGeoTranslator pada 06 - 08 Ogos 2016 bertempat Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang, 30020 Ipoh, Perak yang melibatkan Agensi Pembekal Data Geospatial (APD) Negeri Perak.
Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang penggunaan Aplikasi MyGeoTranslator kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunapakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi MyGDI.
Kursus ini diadakan selama tiga (3) hari melibatkan peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi pembekal data geospatial di Negeri Perak.
Seramai 17 orang pegawai telah hadir pada hari pertama yang terdiri daripada Majlis Daerah Gerik, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Daerah Kerian, Majlis Daerah Tanjong Malim, Majlis Daerah Tapah, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).
Manakala pada hari kedua pula seramai 20 pegawai telah hadir yang terdiri daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Pertanian, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Lembaga Air Perak (LAP), TNB Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Gerik dan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).
Seterusnya pada hari ketiga seramai 18 pegawai telah hadir yang terdiri daripada Unit PerakGIS dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).
Agensi yang hadir telah diberi latihan penggunaan sub modul-sub modul yang terdapat dalam Aplikasi MyGeoTranslator seperti Transformasi Koordinat, penukaran Format Data, Unique Parcel Identifier (UPI), MS 1759, Simbol Standard dan sebagainya.