Latihan Pengukuhan Instalasi Server MyGeoportal telah diadakan pada 21/1/2025 (Selasa) bertempat di Bilik Centre of Excellence (COE), Aras 8, Pusat Geospatial Negara (PGN).Sesi latihan bertujuan memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pegawai dan kakitangan ICT yang terlibat dalam kerja-kerja teknikal ICT merangkumi pengoperasian server dan pangkalan data MyGeoportal.
Menerusi latihan teknikal yang diberikan secara hands-on, pelbagai kemahiran baharu telah diperoleh terutamanya berkaitan aspek pemasangan Apache, PHP, MySQL, Composer, Drupal dan Github. Seramai dua orang tenaga pengajar daripada Syarikat Pocket Pixel Sdn. Bhd. iaitu Encik Akmal Fikri bin Abdul Rahman dan Encik Muhammad Marzuqi bin Zainal Adlan telah mencurahkan pengetahuan yang berguna dalam sesi pembelajaran pada kali ini.