23 September 2025 | Selasa | Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Sesi Transfer of Knowledge (TOK) ini telah diadakan pada 23 September 2025 bertempat di Bilik Latihan BPM, Aras 2, Blok F11, NRES. Penceramah bagi sesi perkongsian ini ialah Encik Quek Ming Jen (PPTM, BPM) dan sesi perkongsian ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Pusat Geospatial Negara (PGN).
Fokus utama sesi ini ialah pendedahan kepada teknik asas penggunaan tools AI seperti ChatGPT bagi penjanaan prompt, penciptaan imej (AI Image Generation), dan penghasilan video berasaskan AI (AI Video Creation). Peserta turut diberi tunjuk ajar mengenai cara membina prompt yang berkesan serta memahami potensi teknologi AI dalam penghasilan kandungan multimedia rasmi PGN.
Program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya meningkatkan kefahaman serta kemahiran asas peserta dalam aplikasi teknologi AI bagi tujuan komunikasi dan promosi organisasi.
Hasil akhir daripada sesi ini, para peserta berjaya menghasilkan video AI ringkas menggunakan arahan (prompt) yang dibangunkan sendiri melalui platform ChatGPT dan alat AI yang diperkenalkan.