Skip to main content

Bengkel Pemurnian Standard Operating Procedure (SOP) Cawangan Infrastruktur ICT (CIICT), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

12-14 Oktober 2025 | Ahad-Selasa | Hotel Mercure Penang Beach, Pulau Pinang

Bengkel Pemurnian Standard Operating Procedure (SOP) Cawangan Infrastruktur ICT (CIICT), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah diadakan di Hotel Mercure Penang Beach, Pulau Pinang pada 12 sehingga 14 Oktober 2025.
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai CIICT, dan beberapa orang wakil daripada Seksyen Tadbir Urus Geospatial dan Khidmat Pengurusan serta dirasmikan oleh Pengarah PGN.
 
Selain daripada memastikan semua proses kerja di peringkat CIICT sentiasa relevan, terkini dan sejajar dengan keperluan semasa, bengkel ini turut mengambil kira aspek keselamatan maklumat di mana setiap proses kerja yang dibangunkan perlu mengambil kira elemen kawalan keselamatan maklumat yang menyeluruh.