Latihan Hands-On Aplikasi ScanMe telah diadakan pada 29 Oktober 2026 bertempat di Bilik Latihan COE, Aras 8, Menara PETRA dan telah dikendalikan oleh Puan Noorul Ain binti Ali. Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan Aplikasi Scanme bagi pengurusan aktiviti dan kehadiran secara digital. Latihan ini merangkumi enam modul utama, iaitu Pengurusan Profil Pengguna, Pengurusan Pendaftaran Aktiviti, Pengurusan Aktiviti dan Kehadiran, Semakan Senarai Aktiviti yang Dihadiri, Fungsi Pemendekan URL serta Fungsi Penjanaan Kod QR. Sepanjang sesi latihan, peserta diberikan pendedahan secara praktikal berkaitan penggunaan modul-modul tersebut. Pelaksanaan latihan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan kecekapan peserta dalam memanfaatkan Aplikasi Scanme bagi menyokong pengurusan aktiviti yang lebih sistematik dan teratur.