Skip to main content
Please wait...

MyGeo Data Services

Aplikasi berasaskan web yang dibangunkan untuk paparan data-data geospatial bagi perkongsian antara agensi kerajaan (Government to Government (G2G)). Merupakan satu inisiatif PGN di bawah program MyGDI untuk menyediakan platform perkongsian data geospatial antara agensi kerajaan dalam persekitaran yang selamat.

 

Mengenai MyGeo Data Services

Perkongsian data dalam aplikasi ini melibatkan 12 kategori fundamental data iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography, hypsography, Soil, Transportation, Utility, Vegetation, Special dan General Use melalui Secured Map Services dalam government cloud. Data-data yang dikongsi secara map service ini boleh dipaparkan dalam multi-platform.

Status perkongsian fundamental data sehingga 2021 adalah sebanyak 232 lapisan data bagi 12 kategori data. Hanya pengguna daripada agensi kerajaan yang mempunyai ID MyGOS sahaja yang boleh mengakses data-data yang terdapat dalam aplikasi ini. Permohonan untuk mendapatkan ID MyGOS viewer boleh dibuat secara email ke pgn.web@nrecc.gov.my. ID MyGOS ini juga membolehkan pengguna membuat capaian secara terus atas talian (online) terhadap data-data fundamental dalam pelbagai platform selain MyGOS.

 

Faedah

Membantu memudah dan mempercepatkan proses kerja penyediaan dan analisis maklumat geospatial

Mengelakkan pertindihan usaha dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyediaan maklumat geospatial antara agensi-agensi berkaitan.

Menjimatkan masa dan dana agensi.

Memudahkan capaian kepada data geospatial oleh pengguna agensi kerajaan.

Menggalakkan perkongsian maklumat geospatial oleh agensi pembekal data.

 

Ciri-ciri

Layer List - pengguna boleh menyemak senarai lapisan yang tersedia dan membuat paparan lapisan data yang ada

View Layer Attribute - memaparkan info maklumat attribut setiap lapisan

Add Data Services - menambah map service lain daripada agensi, MyGOS dan ArcGIS Online

Lot Finder – membuat carian lot tanah berdasarkan kod negeri, daerah, mukim, seksyen dan no lot

Swipe - membuat tindihan (overlay) pelbagai lapisan data daripada pelbagai map service yang ditambah atau sedia ada dan melihat perbezaan antara lapisan data

Print - membuat dan mencetak peta

Basemap gallery – pilihan pelbagai basemap daripada pelbagai sumber seperti Bing Map, TM, ArcGIS Online, HERE dan PGN