Skip to main content
Please wait...

Bengkel Pembangunan dan Penyelarasan Data Geospatial Kategori Aeronautical telah diadakan pada 17 September 2019 bertempat di Bilik Centre of Excellent (CoE), Aras 8, MaCGDI.

 

Objektif bengkel ini adalah untuk:

  • Menjelaskan tugas dan tanggungjawab custodian bagi menggalakkan penggunaan data geospatial secara efisien melalui perkongsian dan penyebaran data.
  • Mengemaskini senarai Custodian bagi setiap fitur fundamental kategori Aeronautical.
  • Mengenalpasti metodologi yang dilaksanakan oleh setiap custodian dalam pembangunan data.
  • Penukaran format data Autocad Drawing ke dalam format GIS-Ready.
  • Memastikan data geospatial yang dikongsi adalah terkini dan konsisten daripada sumber yang berwibawa.

 

Bengkel ini telah dihadiri oleh beberapa wakil daripada pelbagai agensi di bawah kategori Aeronautical. Antara agensi yang terlibat adalah:

  • Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) – Agensi Tunjak)
  • Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) 
  • Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB)
  • Tanjung Manis Development Sdn. Bhd. (PUSKA)
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM))
  • Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) – Urus Setia