Bengkel Pembangunan dan Penyelarasan Data Geospatial Kategori Aeronautical telah diadakan pada 17 September 2019 bertempat di Bilik Centre of Excellent (CoE), Aras 8, MaCGDI.
Objektif bengkel ini adalah untuk:
- Menjelaskan tugas dan tanggungjawab custodian bagi menggalakkan penggunaan data geospatial secara efisien melalui perkongsian dan penyebaran data.
- Mengemaskini senarai Custodian bagi setiap fitur fundamental kategori Aeronautical.
- Mengenalpasti metodologi yang dilaksanakan oleh setiap custodian dalam pembangunan data.
- Penukaran format data Autocad Drawing ke dalam format GIS-Ready.
- Memastikan data geospatial yang dikongsi adalah terkini dan konsisten daripada sumber yang berwibawa.
.
Bengkel ini telah dihadiri oleh beberapa wakil daripada pelbagai agensi di bawah kategori Aeronautical. Antara agensi yang terlibat adalah:
- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) – Agensi Tunjak)
- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
- Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB)
- Tanjung Manis Development Sdn. Bhd. (PUSKA)
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM))
- Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM
- Majlis Keselamatan Negara (MKN)
- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
- Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) – Urus Setia