Skip to main content
Please wait...

Pada 3 Mac 2022, delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diketuai oleh Encik Shamsul Izhan Abdul Majid, Chief Technology and Innovation Officer, MCMC telah mengadakan kunjungan hormat secara maya ke PGN.

 

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan dan mengenal pasti peluang kolaborasi antara satu sama lain. Pertemuan secara maya ini juga menjadi medium bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam Program MyGDI khususnya berkaitan maklumat geospatial telekomunikasi. Maklumat geospatial berkaitan telekomunikasi adalah terletak di bawah kategori Utility iaitu antara 12 kategori data fundamental geospatial di bawah Program MyGDI.

 

Pastinya kunjungan secara maya daripada MCMC ini akan disambung dengan perbincangan yang lebih lanjut bersama-sama PGN. Terima kasih yang tidak terhingga kepada delegasi MCMC atas kesudian mengadakan kunjungan hormat secara maya ini.