Skip to main content

Latihan ArcGIS Spatial Modelling

9 dan 10 Disember 2025 | Selasa dan Rabu | Alami Technologies Sdn. Bhd.

Pusat Geospatial Negara (PGN) dengan kerjasama Esri Malaysia telah menganjurkan Latihan Spatial Modeling selama dua hari pada 9 dan 10 Disember 2025 bertempat di Alami Technologies Sdn. Bhd., Cyberjaya. Latihan ini disertai oleh 11 orang peserta daripada PGN melibatkan Seksyen Aplikasi GIS, Seksyen Geodata, serta Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), bersama empat orang wakil daripada Unit Aplikasi Teras Latihan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Latihan ini memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan pemodelan spatial bagi memenuhi keperluan bisnes AADK dalam mengenal pasti kawasan hotspot fasiliti.
Sepanjang sesi latihan, peserta didedahkan kepada penyediaan data spatial, penggunaan teknik analisis geospatial serta penghasilan peta hotspot yang memaparkan lokasi dengan tahap permintaan atau aktiviti AADK yang lebih tinggi. Melalui pendekatan ini, pemodelan spatial berperanan penting dalam membantu AADK membuat keputusan strategik yang lebih tepat khususnya melibatkan perancangan, pengoptimuman dan peluasan rangkaian fasiliti berdasarkan analisis data yang sahih dan berasaskan bukti. Kursus ini turut berjaya meningkatkan pemahaman peserta terhadap aplikasi pemodelan spatial dalam menyokong operasi serta hala tuju perancangan strategik AADK.