Skip to main content
Please wait...

Latihan Pengemaskinian Data MyGeoCKAPS

Tarikh : 23 Januari 2024 (Selasa)

Masa : 9:00 pagi – 4:30 petang

Tempat : Bilik Centre of Excellent, Aras 8, Wisma Sumber Asli, Putrajaya

Pegawai/ Agensi Terlibat : Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS),  Kementerian Kesihatan Malaysia

Objektif/ Tujuan;

1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai sistem maklumat geografi (GIS)

2. Melatih peserta melakukan pengemaskinian data menggunakan MS Excel dan ArcGIS Pro

3. Membantu KKM dalam mengatasi isu pengemaskinian data

Latihan dihadiri oleh tiga orang pegawai dari CKAPS, KKM serta lima orang pegawai dari Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, PGN. Latihan bertujuan memberi pendedahan kepada agensi berkenaan konsep asas GIS dan membantu organisasi dalam melaksanakan pembersihan dan pengemaskinian data secara sistematik bagi menjamin data yang dimasukkan ke dalam Aplikasi GIS adalah berkualiti dan memenuhi keperluan agensi.