Skip to main content
Please wait...

Pusat Geospatial Negara, PGN telah mengadakan satu latihan pengemaskinian data MyGeoCKAPS pada 23 Januari 2024 di bawah urus setia Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, PGN di bilik Centre of Excellent, Aras 8, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.

Latihan bertujuan memberi pendedahan kepada agensi berkenaan konsep asas GIS dan membantu organisasi dalam melaksanakan pembersihan dan pengemaskinian data secara sistematik bagi menjamin data yang dimasukkan ke dalam Aplikasi GIS adalah berkualiti dan memenuhi keperluan agensi.

Objektif/Tujuan:

1.    Memberi pendedahan kepada peserta mengenai sistem maklumat geografi (GIS)
2.    Melatih peserta melakukan pengemaskinian data menggunakan MS Excel dan ArcGIS Pro
3.    Membantu KKM dalam mengatasi isu pengemaskinian data

Latihan ini telah dihadiri oleh tiga orang pegawai dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS),   Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM serta lima orang pegawai dari Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, PGN.