Skip to main content
Please wait...

Pada 14 Januari 2020, MaCGDI, KATS telah menerima kunjungan daripada para pelajar Diploma Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (PUO). Pada semester ini, para pelajar ditawarkan subjek Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan lawatan akademik ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai produk serta aktiviti perkongsian maklumat geospatial negara yang dilaksanakan oleh MaCGDI. Delegasi lawatan akademik ini disertai oleh 30 orang pelajar dan telah diketuai oleh YBrs.

 

Puan Hajah Noor Asilah binti Abu Haniffa selaku Pensyarah Kanan PUO. MaCGDI telah berpeluang berkongsi pengalaman dalam membangunkan infrastruktur data geospatial serta aplikasi bagi memudahkan aktiviti perkongsian maklumat geospatial di Malaysia. Puan Masitah binti Abd Kadir, Timbalan Pengarah Cawangan Perkhidmatan Geospatial selaku wakil kepada

 

Pengarah MaCGDI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PUO kerana sudi berkunjung ke MaCGDI. Pihak MaCGDI berharap agar lawatan seumpama ini dapat memberikan satu pendedahan baru dan gambaran sebenar mengenai profesion pekerjaan di bidang geospatial memandangkan para pelajar juga turut akan ke alam pekerjaan pada suatu hari nanti.