Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA, Putrajaya
Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku urus setia mesyuarat dan LSr Powzy bin Mohd Som, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selaku pengerusi bagi agensi tunjak dan custodian data geospatial bagi kategori Utility telah mengadakan mesyuarat ini bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi- agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Utility.