Skip to main content

Mesyuarat Plenary ke-59 ISO/ TC 211 Geographic/ Geomatic Information

Penganjur: Standard Australia (SA), bertempat di The Exchange Centre 20 Bridge Street, Sydney NSW 2000.

Penyertaan Delegasi: Australia, Austria, Canada, China, Denmark, France, Germany, India, Indonesia, Jamaica, Japan, Republic of Korea, Malaysia, Netherland, New Zealand, Norway, Poland, Russian Federation, Saudi Arabia, South Africa, Sweden, Thailand, United Kingdom dan United States.

Mesyuarat ini telah berlangsung selama dua (2) hari bagi melaporkan dan membincangkan aktiviti/status kemajuan pembangunan standard dalam bidang maklumat geografi/ geomatik. Malaysia merupakan ahli berstatus Participating Member dalam ISO/TC 211 Geographic Information/Geomatics. Delegasi Malaysia yang menghadiri mesyuarat ini secara dalam talian diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang berperanan sebagai Pengerusi NSC 07/TC 2. Wakil PGN yang juga merupakan ahli NSC 07/TC 2 turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu Ts. Rusliza Hanim binti Maarif (Pengarah PGN, NRES) dan Puan Nornisha binti Ishak (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Standard, PGN, NRES). Mesyuarat secara dalam talian ini juga turut melibatkan Pegawai di Seksyen Pembangunan Standard, PGN, NRES.

#ISO/TC211
#PGN
#standard