Skip to main content

Bengkel Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) Pembangunan Aplikasi Kemaman GIS (KGIS) - Kolaborasi Platform MyGOS

12-13 Ogos 2025 | Selasa - Rabu | Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu 

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan bengkel spesifikasi keperluan bisnes untuk mengenal pasti dan memperincikan keperluan data serta kefungsian bagi pembangunan Aplikasi Kemaman GIS (KGIS), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Pasukan PGN diketuai oleh Dr. Azira binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Aplikasi GIS, Cawangan Aplikasi Geospatial, PGN manakala pihak MPK telah diwakili oleh pegawai dari setiap jabatan di bawahnya.

Bengkel yang telah berlangsung selama dua hari telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak berkongsi ilmu dan pengalaman untuk menambah baik aplikasi yang bakal dibangunkan. Kolaborasi agensi melalui Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) yang diperkenalkan sejak tahun 2013, telah banyak membantu pelbagai agensi memperkasakan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan mereka. Untuk maklumat lanjut berkaitan MyGOS, sila layari https://www.mygeoportal.gov.my/ms/applications/mygos