Application Categories
Melalui MyGOS, Agensi Kerajaan dapat mengemaskini dan mengakses maklumat geospatial secara atas talian dan real – time serta membantu dalam membuat keputusan, merangka strategi serta menganalisis maklumat dengan cepat dan tepat.
Perkongsian maklumat geospatial adalah kolaborasi strategik yang terbaik bagi faedah sinergi kepada Agensi Kerajaan yang terlibat. Ini membolehkan integrasi maklumat geospatial dilakukan untuk manfaat semua dan bukan terhad kepada kepentingan sesuatu agensi sahaja.
- Collect once use by many – di mana Agensi Kerajaan boleh berkongsi maklumat geospatial secara maya serta pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian dalam persekitaran yang selamat.
- Memudahkan Agensi Kerajaan yang berkolaborasi dapat berkongsi dan mengakses maklumat geospatial secara online, tepat dan kos efektif.
- Mengelakkan pertindihan usaha pengutipan dan penghasilan maklumat geospatial.
- Membantu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
- Memudahkan pengguna yang tidak mempunyai latarbelakang GIS boleh membangunkan aplikasi GIS.
- Pengurusan Dokumen - Pengurusan dokumen yang terhad dan tersusun dengan menggunakan fungsi 'My Content'
- Web Map - Memudahkan rekabentuk peta dengan kreativiti dan penampilan yang menarik seperti menukar saiz symbology, membuat labels dan lain – lain
- Pembangunan Aplikasi GIS - Pembangunan aplikasi GIS tanpa pengaturcaraan yang mudah dan cepat
- Perkongsian Maklumat – Perkongsian maklumat terhad yang selamat dengan fungsi ‘Groups’
- Storymap - paparan interaktif yang mempunyai peta serta maklumat asas mengenai penceritaan
- Mencerap maklumat geospatial - Cerapan maklumat geospatial dengan smartphones secara offline atau online dengan mengunakan fungsi 'Collector for ArcGIS’
- Dashboard – Paparan hasil analisis yang interaktif untuk dibentangkan kepada pengurusan atasan