5-7 November 2025 | Rabu-Jumaat | Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited berkolaborasi bersama-sama pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan menjayakan Bengkel Transfer of Technology (TOT) Siri II untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, serta membolehkan penambahbaikan Aplikasi Daftar Warisan dilaksanakan secara berterusan oleh JWN. PGN, NRES diwakili oleh pasukan projek yang diketuai oleh Dr. Azira binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Aplikasi GIS dibantu oleh Puan Nur Atikah binti Sulaiman, Encik Mohamad Syukri bin Haron dan Cik Siti Nur Fatihah binti Abdul Halim. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Tuan Ruzairy bin Arbi, Pengarah Bahagian Daftar Warisan, JWN dan disertai oleh pegawai-pegawai yang mewakili semua bahagian di JWN. Terima kasih kepada pihak JWN yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang bengkel ini berlangsung. Semoga kolaborasi yang terjalin akan memantapkan lagi usaha memelihara kelestarian khazanah warisan negara.
Untuk maklumat lanjut berkaitan MyGOS, sila layari
https://www.mygeoportal.gov.my/ms/applications/mygos